Pages

Friday, December 31, 2010

Terlerainya detik2 manis...

Xpdc kayak di lembah belum..
Sepanjang program "Ekspedisi Kayak @ Sg Perak, Lawatan Mesra ke Kg Chuweh @ Lembah Belum & Abseiling @ Sg 6 Tasik Banding" pe sumer pd 23-26 Disember 2010 yg lalu sangat-sangat menjiwai kemana ku pergi..ia membawa seribu erti dalam hidup ku..ekspedisi ni 4 org jer wakil uitm seri iskandar,perak..aku,ainy,farah,n buu.kitorang peserta pertama yg smpai dgn harapan tnggi..tapi rupa2 nyer ia sumer harapan palsu setelah melihat kawasan kem sgt sepi n membosankan...
ini lah camp salak north nampak cam best kan..
belum g belum tau k..haha sgt best..
jam tangan sentiasa berdetik mengira waktu menunggu peserta len..rupa2 yer komander jugak..komander perlis n kembara kesatria dari uitm Terengganu.. semakin hari semakin rancak program nie n smakin memecah kesepian didalam kem ni..pada mase yg same..tiba2 mood aku trus brubah mnjadi sgt happy ngan kwn2 yg len..haa..malam tu de la bahagi kumpulan..x sangka lak aku duk skali ngan farah..buu ngan ainy uat muka x puas ati jer.ehehe...sory yer..yg pnting senyum..:)x perlu kata2 pe..kate farah n buu ngan gaya sekali..hiiii..x leh bla muka buu,..so lawak sgt2.. sblm xpdc kat sungai perak keesokan..de latihan kayak ptg tu..lama aku x berkayak..dapat sntuh gak ‘padel’  mengayuh kat tasik camp salak north.
 training water confident
Pagi keesokannya..lepas solat subuh terus siap2 utk xpdc kayak sungai perak..aku hairan bile nk jpe org aslinyer..ikut tentatif ari nie..shhs..x fhm aku ngan program nie..sampai je kat kuala kangsar selipar aku hilang la pulak..hairan gak aku caner leh hilang..sumer kayak aku cari x de pun..sedih aku..terpaksa la beli selipar kat pasar area tu..
duk pikir mane la selipar aku hilang...
rehat2 jap terus balik camp..malam tu de pe ek..de la nyanyi2 kut..time nie jgak ramai suh g nyanyi..aku sbnrnyer x suka karok..just biase2 jer ok la..tp kalu uat show skit..mati la aku..time nie gak bleh ainy rakam aku duk nyanyi..ish nakal btul die nie..huuhuh n then cukup la utk ari nie..
mentari terbit jua dibiasi kilauan cahaya matahari kat tasik camp salak north..sgt cantik..ari nie x sabar2 nk g lembah belum..ainy lak x sabar2 nk jupe org asli..huhuhu..

sebelum bertolak ke kg chuweh
Ini lah wakil uitm perak(ainy,farah,buu n nik)
time kat kg chuweh..umur belasan tahun dah de anak..cner tuh..?huhuhu..time tu gak cuaca panas gak ar..sambil2 duk uat game ngan org asli..hahaha..org asli blur..mybe syok kut kejutan budaya disebabkan farah..farah2..ko mmg enjoy lah..

muka2 ceria peserta xpdc kayak
 gelagat orang asli
air yg tenang menjadi sambutan buat ku
lepas tu terus g water point..huhuhu..sgt best..main2 sapu pasir lak kat muka ainy..huhu..so sory yer ainy..jgn mara pe2 pun aku anggap ainy macam adik nik sendiri ..sbnrnye aku xleh mandi lame sgt kat water point tu coz aku x nk rase sengal balik kat tulang belakang aku..x tau lah knp..kat situ  de uat abseiling..aku nk join tapi malang ar..aku pakai kasut tapak licin..tapi jgn wisau lah..lepas2 nie leh join ag..huhuhuhu...

cuba tengok air terjun..cantik kan leh uat abseiling ag..
muka2 dalam kekenyalan.,haha
makan malam kat rainforest resort..sedap gak ar....nk try dtg ar..
dalam kul 7 kitorang terus balik camp..sgt letih..lepas solat isya’ leh lak aku tertido kat tmpat solat..mujur la..mira n kawan die dtg..nk charge fon..kalu x..sampai pagi sok laa..aku tido..program nie dah nk sampai penghujung dah..sedih lak rase n rase x puas ag nk enjoy2..pe2 pun ia btul2 kenangan manis tahun ni..thanks all..bagi kegembiraan di mana bulan menyenari keindahan di tasik..miz u all.eh cner aku nk blik umah ek..nk blik ngan bus or train ek..blur..blur..mujur la de ainy..suh parent die antar kat medan gopeng..pe2 pun tima kasih byk2 makan2 pe smer...
ade can muka org sabah ker..x de kan..hehehe

Thursday, November 4, 2010

Melihat daun melambai dibawa angin subuh



Segala2nya ade noktah tersendiri..mengakhiri sebuah epilog yang mana  x mampu meneruskannya dengan seadaanya..mungkin..mungkin dan mungkin..kenapa perlu merahsiakan segala2nya walaupun hati masih bicara..mungkinkah terputus dtengah jalan…mungkinkah terlerai tanpa ikatan..usahlah ragu dgn takdir...segalanya ketentuan tuhan..
Setiap detik mengira kehadiran aku..???..segala2nya terletak pada diri sendiri,..yang mampu dilindung oleh bayangnya sendiri..

Wednesday, October 27, 2010

Allah Maha Pengampun-La Tahzan (Dr Aidh Al Qarni)

Jom same2 renung2kan..Allah sentiase dekat n bersama kite...ampunkan dosa ku ya Allah..

kenangan gunung batu putih

Gunung Batu Puteh (Bt. Putih), Tapah, Perak (6993')
Gunung ini dikatakan antara gunung 6000 kaki yang mencabar serta mempunyai trek yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki tempatan.
Hutan Lipur Kuala Woh
Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh. Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan disediakan.

Empangan Dalam
7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh. Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus ke sini hingga tamat jalan berturap setelah melalui beberapa perkampungan orang asli.
Simpang Y
5-10minit trekking pendaki akan menjumpai sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu merentas sungai berjeram yang berarus dan agak dalam. Pendaki akan merentas sungai beberapa kali pada permulaan trekking.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Gua
3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki yang ingin mendirikan khemah masih boleh didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber air dari celah batu tidak jauh dari gua ini yang membentuk anak sungai.
G. Kak
1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung ini terbentuk dari beberapa bongkah batu kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil gunung ini G. Batu Puteh.

Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong seketika ke puncak ini yang begitu dekat dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan khidmat jurupandu arah dari kalangan orang Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung ini.





G. Batu Puteh dari G.Kak
Terdapat satu kem site tidak jauh dari puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut) yang besar dan bertebing batu setentang dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang Asli.
Last water point
Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking. Terdapat satu kawasan beristirehat diatas permatang dan punca air terakhir dibawah cerun yang bergitu curam hingga digelar 'air terjun nak terbunuh'.


www.ogkl.com.my/infoGUNUNG




kat water point..sangat best.. nik,own,bel,yue




puncak gunung batu putih





awan subuh memecah kegelapan..

kaki gunung sebelum bertolak..huhuhuhu

Thursday, October 14, 2010

Di saat waktu terhenti...


Jam tepat pukul 4.45 pagi..sepi memeluk tubuh ku dengan angin subuh mencari ketenangan si pemilik empunya diri ini..dimana letaknya sinar di hati untuk seorang perempuan takkala sering ku mengingati dan memahami fahamkan keadaan ku..tapi aku tak dapat mengalahnya betapa hebatnya cintanya seumpama merpati mencari angin yang kuat yang mana membolehkan ia pergi kemana ia mahu..
tapi disaat waktu terhenti...! apa aku boleh buat..? apa aku boleh buat..? adakah sekadar memberi harapan palsu semata2..adakah menjamin kebahagiaan seseorang tanpa lahirnya cinta..adakah aku dilahirkan untuk adanya perkara ini dalam hidup ku...sampai bila ya allah..menitisnya air mata membasahi pipi menunggu keajaiban dalam hidup ku..tolong tolonglah ya allah..tunjuk jalan yang benar di mana keyataan itu benar..bukan tipu semata2..aku sendiri masih menyepi mencari sinar kemana ku pergi dan hilanglah..hilanglah..segala kegelapan hidup ku..siapakah teman hidup ku selepas matinya die dalam hidup ku...bilakah aku dapat merasainya betapa indahnya cinta menjiwai hatiku..takkala kemana ku pergi ko bersama ku..susah senang hadapi bersama..aku masih menantinya ya allah...ini lah sebenar hati ku yang masih belum dapat lukisannya cinta dalam hidup ku,..tetapi susah ku nak memahamkan dia dikala perasaan cintanya penuh memenuhi ruang hati hidupnya..hurm..harap2 adanya cinta disebalik ruangan hidup ku..dah pukul 5.30 pagi dah..cepatnya masa berlalu dan alangkah indahnya aku dapat memberhentikan waktu hidup ku..untuk mengubah lukisan perjalanan hidupku mencari sinar ketenangan menjiwai hati ku..
biarlah ia pergi, dan aku terbangun dari mimpi yang selama ini membahagiakanku
bagaimanapun ia adalah mimpi..wake up nik..!

Pelangi Selepas Hujan...






Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.


Pernahkah sekali kita memahami alam.


" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.


" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

Thursday, September 30, 2010

kenapa ada nyer harapan die terhadap ku..

hari nie..rase tenang skali lebih lagi kelas batal..huhuhuhu
aku terbaca blog die dan segala2 nya ku tau..aku x de niat pun nk uat ko cmtu..
sehinggakan ko masih mngharap..lum tu tahniah coz ko de blog baru..aku arap kat situ la ko share idup ko n thanks wish kat bsday nik..nik sbnrnyer bkn mudah nk trima seseorang prempuan dalam idup..tp aku mudah share ngan ko..aku x mksud kan aku tolak trus pe yg ko nk..nik minta maaf sangat2..nik still trima ko..tp pless uat mase nie kite bkawan dlu k..skrg nik rase x mampu nk bahagiakan idup seseorang prempuan..
coz hal tu..hanya tersirat di hati ble ku fahami..de jodoh nati x ke mane gak kan..
pe2 mslh gtau nik k..jg diri elok2..

Tuesday, September 7, 2010

Kenapa Aku Masih Solo

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

www.iluvislam.com
oleh: afdhal87
editor: deynarashid

Saturday, July 10, 2010

Malam sabtu(09.07.2010)

aku keseorangan kembali....
malam nie bagiku tenang sekali...sem baru nie x tau lah..pe yg leh kata aku leh uat yang terbaik...tetapi blehkah aku sempurnakan sumer...insyaallah..
aku still dapat kolej dan bilik yang lama..dg41..tetapi yg kelainannya aku sbilik ngan student baru..so aku senior korang ar..hahahaha...leh ar aku buli nati..huhuhuhu...budak2 blik aku nie muka cam baik2 sumer...diam jer..selagi aku x mula bcakap selagi tu la diorang duk senyap..cam x nk bcakap ngan aku ada...maybe biase la tu..mula2kan..x biase ag..jap2 ag ok la tu..
a’aaa pasal anas dan syahmi pulak roomate aku dlu x dpt kolej...kesian diorang..tumpang blik aku la..mudah skit korang nati kan..hiii..anas dah uat rayuan last2 leh gak kolej tp bkn blik yg same ar..Cuma syahmi jer x tau cner...tgh tunggu rayuan..insyaallah bleh..
sem nie kelas aku cam borink jer..tapi aku msti up byk2..pointer aku..huhuhu..pe yg aku arapkan aku still uat perkara yg baik dan tidak akan menyusahkan sape2 pun..berdikari la nik!!!...aku tau ko bleh..sem nie jgn malas ok..komander slow2 la nie..jgn aktif sangat k.
Pe2 pun enjoy2 lah....

p/s : 19-21.07.10 :trip ke melaka
24-25.07.10 :scout
30-01.08.10 :xpdc gunung kenderung
Perak scouts challange
24-25.08.10 :xpdc taman negara

Monday, June 21, 2010

duk sorang2 kat umah...

borink nyer duk umah sorang2..puas2 duk mkn jer..
aku x lame dah masuk uitm balik..aduuu..byk rase x ready ag..
cner ek nati kat saner..huhuhuhu..
pe2 pun sorry syazwan and the geng coz x dpt join main bowling kat kbmall today..
korang happy lah..x de aku pun..xtvt jalan gak..huhuhu..
kadang2 aku mcm jauh je ngan tuhan..kurangnyer bzikir padanyer..
hurm...
k lah aku cau dlu..jpe ag..
miss u all..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...