Pages

Wednesday, October 27, 2010

kenangan gunung batu putih

Gunung Batu Puteh (Bt. Putih), Tapah, Perak (6993')
Gunung ini dikatakan antara gunung 6000 kaki yang mencabar serta mempunyai trek yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki tempatan.
Hutan Lipur Kuala Woh
Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh. Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan disediakan.

Empangan Dalam
7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh. Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus ke sini hingga tamat jalan berturap setelah melalui beberapa perkampungan orang asli.
Simpang Y
5-10minit trekking pendaki akan menjumpai sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu merentas sungai berjeram yang berarus dan agak dalam. Pendaki akan merentas sungai beberapa kali pada permulaan trekking.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Gua
3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki yang ingin mendirikan khemah masih boleh didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber air dari celah batu tidak jauh dari gua ini yang membentuk anak sungai.
G. Kak
1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung ini terbentuk dari beberapa bongkah batu kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil gunung ini G. Batu Puteh.

Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong seketika ke puncak ini yang begitu dekat dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan khidmat jurupandu arah dari kalangan orang Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung ini.





G. Batu Puteh dari G.Kak
Terdapat satu kem site tidak jauh dari puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut) yang besar dan bertebing batu setentang dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang Asli.
Last water point
Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking. Terdapat satu kawasan beristirehat diatas permatang dan punca air terakhir dibawah cerun yang bergitu curam hingga digelar 'air terjun nak terbunuh'.


www.ogkl.com.my/infoGUNUNG




kat water point..sangat best.. nik,own,bel,yue




puncak gunung batu putih





awan subuh memecah kegelapan..

kaki gunung sebelum bertolak..huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...