Pages

Wednesday, October 27, 2010

Allah Maha Pengampun-La Tahzan (Dr Aidh Al Qarni)

Jom same2 renung2kan..Allah sentiase dekat n bersama kite...ampunkan dosa ku ya Allah..

kenangan gunung batu putih

Gunung Batu Puteh (Bt. Putih), Tapah, Perak (6993')
Gunung ini dikatakan antara gunung 6000 kaki yang mencabar serta mempunyai trek yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki tempatan.
Hutan Lipur Kuala Woh
Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh. Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan disediakan.

Empangan Dalam
7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh. Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus ke sini hingga tamat jalan berturap setelah melalui beberapa perkampungan orang asli.
Simpang Y
5-10minit trekking pendaki akan menjumpai sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu merentas sungai berjeram yang berarus dan agak dalam. Pendaki akan merentas sungai beberapa kali pada permulaan trekking.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Gua
3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki yang ingin mendirikan khemah masih boleh didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber air dari celah batu tidak jauh dari gua ini yang membentuk anak sungai.
G. Kak
1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung ini terbentuk dari beberapa bongkah batu kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil gunung ini G. Batu Puteh.

Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong seketika ke puncak ini yang begitu dekat dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan khidmat jurupandu arah dari kalangan orang Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung ini.





G. Batu Puteh dari G.Kak
Terdapat satu kem site tidak jauh dari puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut) yang besar dan bertebing batu setentang dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang Asli.
Last water point
Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking. Terdapat satu kawasan beristirehat diatas permatang dan punca air terakhir dibawah cerun yang bergitu curam hingga digelar 'air terjun nak terbunuh'.


www.ogkl.com.my/infoGUNUNG




kat water point..sangat best.. nik,own,bel,yue




puncak gunung batu putih





awan subuh memecah kegelapan..

kaki gunung sebelum bertolak..huhuhuhu

Thursday, October 14, 2010

Di saat waktu terhenti...


Jam tepat pukul 4.45 pagi..sepi memeluk tubuh ku dengan angin subuh mencari ketenangan si pemilik empunya diri ini..dimana letaknya sinar di hati untuk seorang perempuan takkala sering ku mengingati dan memahami fahamkan keadaan ku..tapi aku tak dapat mengalahnya betapa hebatnya cintanya seumpama merpati mencari angin yang kuat yang mana membolehkan ia pergi kemana ia mahu..
tapi disaat waktu terhenti...! apa aku boleh buat..? apa aku boleh buat..? adakah sekadar memberi harapan palsu semata2..adakah menjamin kebahagiaan seseorang tanpa lahirnya cinta..adakah aku dilahirkan untuk adanya perkara ini dalam hidup ku...sampai bila ya allah..menitisnya air mata membasahi pipi menunggu keajaiban dalam hidup ku..tolong tolonglah ya allah..tunjuk jalan yang benar di mana keyataan itu benar..bukan tipu semata2..aku sendiri masih menyepi mencari sinar kemana ku pergi dan hilanglah..hilanglah..segala kegelapan hidup ku..siapakah teman hidup ku selepas matinya die dalam hidup ku...bilakah aku dapat merasainya betapa indahnya cinta menjiwai hatiku..takkala kemana ku pergi ko bersama ku..susah senang hadapi bersama..aku masih menantinya ya allah...ini lah sebenar hati ku yang masih belum dapat lukisannya cinta dalam hidup ku,..tetapi susah ku nak memahamkan dia dikala perasaan cintanya penuh memenuhi ruang hati hidupnya..hurm..harap2 adanya cinta disebalik ruangan hidup ku..dah pukul 5.30 pagi dah..cepatnya masa berlalu dan alangkah indahnya aku dapat memberhentikan waktu hidup ku..untuk mengubah lukisan perjalanan hidupku mencari sinar ketenangan menjiwai hati ku..
biarlah ia pergi, dan aku terbangun dari mimpi yang selama ini membahagiakanku
bagaimanapun ia adalah mimpi..wake up nik..!

Pelangi Selepas Hujan...






Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.


Pernahkah sekali kita memahami alam.


" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.


" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...